Wednesday, September 28

Pendakap gigi a.k.a Braces (Tambahan)


Rasanya haritu aku cerita sikit sangat lah
So kat sini ada nak tambah lagi persoalan yang muncul.

Kenapa pakai braces?
Ada jugak la beberapa orang tanya kenapa aku pakai. Sebab bagi dorang gigi aku okay. Sebenarnya gigi aku teruk kat bahagian bawah ni, tunggang-langgang. Yang atas ni actually terkedepan (jongang la senang cakap).
Aku macam tak berapa suka gigi bawah tu sebab bila dah tunggang-langgang, rasa tak sedap lidah ni kalau kena. Plus, ade certain part tu gigi aku terkeluar sikit so kalau gosok gigi maybe tak berapa kena la. Besides that aku nak kuruskan badan aku. HAHA. gurau tak gurau sangat lah. :D


Jenis braces
Braces ni ada banyak banyak jenis. Antaranya metal,  ceramic,self-ligating,


  • Metal braces
Metal braces ni jenis yang orang biasa buat. Biasanya kalau ni, ada getah sekali. So function getah tu untuk mengetatkan gigi anda tu la. Harga dia kalau tak silap aku murahlah berbanding braces2 yang lain. And braces ni tak mudah pecah or patah. Dia much kukuh dari yang lain. Yang specialnya braces ni, dia boleh pilih-pilih colour. Tu yang kadang kat braces dorang tu ada warna pink la, biru la, hijau la. Huhu..


  • Ceramic
Ceramic braces ni lebih kurang macam metal sebab dia ada getah. Tapi kelebihan dia berbanding metal ialah warna dia ikut warna gigi. So kalau korang agak segan nak pakai sebab takut orang nampak, maka pakailah ceramic. Ni kalau kat gambar ke memang tak nampak la. And for sure, harga dia agak mahal dari metal yang biasa tu.



  • Self-ligating
Lepas aku dah Google bagai nama braces aku ni, baru lah aku tau. Aku pakai self-ligating braces. Tapi ada jugak orang sebut Damon. Yang aku tau, masa tu doktor cuma sebut automatik. Aku pulak jenis tak mahu tanya. HEHE. Self-ligating ni jenis automatik. Dia boleh gerak sendiri dan tak pakai getah. Kira tak payah nak jumpa dentist tetiap bulan. Boleh jumpa dalam 6 bulan sekali or ikut apa saranan doktor. And harga dia sikit tinggi dari metal. Kalau aku tengok gambar-gambar braces, self-ligating ni kecil sikit berbanding metal. And orang cakap kurang sakit. Tak tahu lah macammana


Ada banyak lagi jenis-jenis braces. Ada yang pakai kat bahagian dalam, sapphire la, dan banyak lagi la. Aku cuma berani share yang aku tau je.

Cost aku
Cost aku buat untuk pasang braces ialah RM6400. Rasanya kalau pakai metal biasa kurang sikit la dalam RM5000 lebih ke, aku tak pasti. TETAPI aku tak bayar sekelepuk tu la. Bayar deposit dulu, RM2000 (err...sian ibu aku). And next payment masa jumpa dentist RM300 kot. Harga ni include dua berus gigi khas untuk braces, ubat tahan sakit, wax (untuk cover brackets yang gesel dengan bibir), dan ubat untuk ulser.Tapi ni tak termasuk xray dan cuci gigi dan tampal gigi. Kalau buat kat kerajaan lagi murah tapi lambat sikit sebab kena tunggu turn. Apa-apapun, ni semua bergantung pada keadaan gigi korang.

Sakit ke tak?
Masa aku buat braces, memang tak sakit lah. Dia sekadar bubuh macam gam, dan lepastu letak bracket dan lepastu masuk dawai (wire). TETAPI, tak bermakna tak sakit langsung sepanjang pakai. Ikut pengalaman aku, aku mula rasa agak sengal-sengal dan sakit sikit masa pagi hari kedua dan hari ketiga. Lepastu dah tak. Jangan risau sebab doktor memang ada bagi ubat tahan sakit.

BILA DAH PAKAI BRACES,

  1. Sekarang kalau gosok gigi, aku ambil masa agak lama sebab nak berus tu agak payah dan mesti bersih-bersih tak boleh cikai-cikai. 
  2. Kalau makan kena potong kecil-kecil and so far, aku jarang kunyah, guna lidah je sebab takut braces patah and tak berapa sedap la nak kunyah
  3. Tak boleh nak makan chewing gum. Mana tak payah kalau lekat-lekat nanti.
  4. Aku pelat huruf S dan bunyi 'shhe'. Hope cepat okay la nnt. Cara cakap pun lain dah
  5. Tak boleh senyum biasa-biasa, mesti senyum nampak gigi maka nampak la braces aku tuh
Tu je la dulu so far. Huhu.


Ada apa-apa nak tanya, jemput tinggalkan kat komen. insyaAllah aku boleh jawab nanti

And kalau ada maklumat yang aku bagi salah, tolong inform!!

p/s: hampir genap seminggu pakai



15 comments:

nick dot anis said...

dl pernah try nak pakai..tapi tak sggup nak sakit..hehe

AYuNG said...

buat kat area mana? oohh..jadi nya klu pakai yg jenis getah ada kaler2 tuh murah la ckit ehh..:)

☺Nurul..Zulkifli☺ said...

nick dot anis,
nak pakai braces kena sedia mental tu..
huhu
insyaAllah boleh :D

ayung,
saya buat dekat bandar baru uda johor bahru. kat Klinik Pergigian Uda.

dwaty said...

mahalnya dik...
adik pakai self-ligating tu doctor yang suggest ke adik sendiri yang pilih??

berapa gigi geraham kena cabut???

akk dah lama nak pakai... coz gigi depan akk jongang... tapi bila pikir cost nya mahal sangat... tangguh lagi... tambah segan lagi nak pakai... ingatkan nak cuba pakai yang bahagian dalam... tapi tak menyusahkan ke nak bercakap???

☺Nurul..Zulkifli☺ said...

doktor yang saran pakai self ligating memandangkan saya belajar jauh and susah nak buat appointment.

buat masa ni saya belum ada kena cabut gigi graham lagi. doktor akan tengok progress pergerakan gigi saya. next appointment bru tau.
Kalau okay, insyaAllah tak cabut. hehe.

rasanya sekarang ni kalau kita pakai, tak payah nak segan kot. sebab orang ramai dah tahu and aware pasal braces ni.
so tak payah segan2 kita cool je :D

kalau tak silap saya, kalau kita pakai bahagian dalam, takut boleh lukakan lidah misal kata bergesel.
and pakai kat dalam lagi mahal kot.

Anonymous said...

metal braces mmg 5k ke ? paling murah berapa ? Thank you

☺Nurul..Zulkifli☺ said...

paling murah? tu saya tak pasti but maybe around 3000 to 5000 kot.
Harga dia depends pada keadaan gigi dan dentist tu.:)

mieyra said...

hi!u pakai metal damon or ceramic damon?berapa kerap jumpa ortho?sebab i pakai ceramic damon and tengah risau nak sambung study jauh.takut kena stop treatment.

☺NurulZulkifli☺ said...

Hi Mieyra
I pakai metal punya. I jumpa dalam 6 minggu 6 minggu gitu. Tapi kadang2 kalau i tak boleh nak balik, i tak jumpa pun. Rasanya ok je tak jumpa.
Hehee tak sure la ek. Maybe elok u tnye ortho u macamane

Anonymous said...

Betul k xsakit msa wat- lps wat brape ari yg bnr2 sakit- sakit yg mcm mna d maksudkn- rsa sakit trus mkn ubat then xsakit lg k? Ada k rsa mcm sakit gigi?

JZ said...

Awak ada suggestion tak klinik gigi area johor bahru ni? Rabu ni dah plan nak buat appoitment. hihi yg kwn saya suggest klinik amim. or mybe u can suggest to me other place ke? Tq! :)

JZ said...

Awak ada suggestion tak klinik gigi area johor bahru ni? Rabu ni dah plan nak buat appoitment. hihi yg kwn saya suggest klinik amim. or mybe u can suggest to me other place ke? Tq! :)

☺NurulZulkifli☺ said...

Anon,
macam mana ek nak terang..
dia mcm sakit kadang2 rasa gigi tu nak tertanggal.
heheh.. rasa mcm sakit gigi pun ada jugak.

JZ,
sorry sangat lambat reply. Tak dapat online.
Huhu.
Saya x tau nak cadang macam mane sebab masa nak buat tu pun sy takde buat survey.
cari mana dekat je..
saya buat kt klinik pergigian uda.

Anonymous said...

A solid gold band is often more expensive, and also be a great investment in itself.
These pusher buttons are responsible for starting, stopping, and resetting the timing mechanism.
A  The touchscreen technology is an idea, which is widely utilized in
cell phones and computer screens, in addition to supermarket
checkout registers.

Feel free to surf to my webpage :: watches-bestprice.com

lyla majnun said...

salam , dear masa pasang braces tu , sakit tak ?? rasa nk buat lahh ,.. bbu area mana yunk ??

Welcome to my Taraa Blog. These are all about my life.love.live. Erkk.. -.- Have pleasure reading them. . Well i love butterfly. Erkkkk?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...